Mengharap Balasan.

Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat,kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita".

"Kemuadian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula memberi lampu isyarat untuk masuk kelorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharap kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?". Tak logikkan. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.

"Tapi ada tak kereta lain yang sempati dan memberi laluan untuk kita?".Pasti ada Insya-Allah.

Ya,begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan,tidak ada disitu untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi".
Kereta ini sudah pasti datang membantu dan sedia membantu,.huu2x.

Begitulah dalam litar jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada Sipolan A, tetapi kerap kali bukan Sipolan A yang membalas kebaikan kita , Tetapi sipolan B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.

7 ulasan:

mama aini berkata...

ehem betul zan..begitulah perangai manusia.. :(

LYAfrina berkata...

ape y penting.. kt akan sentiasa membuat perkara y baik pd semua..biar pon y lain xhargai kt..

Tie HT berkata...

as salam

kerana hati adalah milik Allah..Dia lebih dekat dari diri kita sendiri..

Myra Jay berkata...

Betul tu, bila kita beralah di jalan raya, bila sampai masa kita pasti orang lain juga akan beralah untuk kita.

Si Matatajam berkata...

Asalkan niat kita tlg kerana Allah Taala..pastinya akan ada pertolongan bila kita susah plak nnt.

emarieys berkata...

itulah roda-roda kehidupan..terima kasih dtg ke blog ema..salam kenalan

Info PTK berkata...

maksih infonya salam kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...